ISLAM kembali DAGANG
 
Picture
Sapu muka selepas solat bida'ah. Wirid dan doa selepas solat bidaah. Kata Ustaz Taib, sudah lama dia beritahu, “Habih-habih bagi salam kalau nak pi panjat pokok pauh (mempelam) pun … panjat la. Tak dak sapa kata salah aih! Tapi jangan la dok membidaahkan orang yang nak baca!” Begitulah lebih kurang katanya. Beliau juga menyentuh sedikti tentang tahlil, talkin, maulidurrasul dan lain-lain yang biasanya dimusuhi oleh kaum Salafi Tua Wahhabi.

Habis hadis-hadis serban dipertikai. Maklumlah, kaum Wahhabi di Saudi memang tak pakai serban. Menurut Ustaz Taib lagi, hal ini ialah salah satu daripada agenda Yahudi. Mereka mahu melondehkan imej ulama Islam kononnya serban dan jubah bukan sunnah. Padahal dalam masa yang sama musuh-musuh Islam ini sangat mementingkan imej manusia selain ulama. Semuanya perlu ada imej tersendiri. Contohnya tukang masak, lihat pakaian mereka di seluruh dunia.

Betul juga kata Ustaz Taib Azamuddin. Aku lihat pakaian sukan bukan main dititik-beratkan di seluruh dunia. Entah boleh entah tidak berseluar panjang dalam perlawanan bola sepak, tennis, lumba basikal dan lain-lain di peringkat antarabangsa. Lihat pula pakaian mereka (kita pun sama kini) ke majlis-majlis makan malam, anugerah, mesyuarat dan sebagainya. Kadang-kadang kalau tidak pakai tali leher tak boleh masuk. Tak pakai kot hitam tak boleh masuk. Tapi kalau pakaian para ulama Islam zaman-berzaman, mereka perlekeh semahu-mahunya. Ada pula orang-orang Islam sendiri yang menyokong.

Akhirnya ulama sudah tidak ada imej. Kata Ustaz Taib, kini ustaz-ustaz mula jadi tukang masak sahaja dalam rancangan-rancangan televisyen. Itulah taraf ustaz-ustaz kita. Katanya lagi, hanya ada seorang ustaz saja yang dibenarkan memakai serban di televisyen… iaitu ustaz Harjit Singh Hulon- pembaca berita.
Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=2481.0

Picture
Foto atau lukisan di sebelah menunjukkan cara dan kebiasaan Rabbai Yahudi dulu-dulu memakai kerudung. Hal ini turut menjadi cara pakaian penganut Wahhabi dimana-mana sebagai identiti mereka. Ini mengesahkan lagi ajaran ini mempunyai perkaitan dengan budaya Yahudi yang dibawa oleh Bani Saud dari Najad. Walau pun yang lain memakai hanya ikut-ikutan termasuk memakai egal (yang menggantikan lilitan serban di kepala yang menjadi syiar para ulama' sejak sekian lama) ternyata kemiripan kerudung dengan pakaian para Rabbai Yahudi Klasik begitu jelas sekali.

Picture
Yahudi sejak dulu meletak kain kerudung sebagai simbol atau syiar Bani Israel. Hari ini wahhabi atau salafi melarang penggunaan serban yang dililit dikepala atas alasan dangkal yang kononnya tiada satu hadith pun yang sahih bahawa pemakaian serban tersebut adalah sunnah melainkan dhaif semuanya. Rasanya umat Islam tiada masalah dengan gaya wahhabi yang hanya berkerudung ini tetapi janganlah pula melarang orang Islam lain memakai serban.

Tidak cukup dengan itu, tuduhan bid'ah mereka lemparkan kepada yang mengamalkan hadith dhaif atas Fadhail Amal tanpa putus-putus dalam ceramah mereka. Mengundang tindak balas secara lebih agresif kaum Muslimin lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Telah menjadi baja kepada perpecahan ummah sekiranya Wahhabi Salafi tidak berhenti membid'ahkan umat Islaim lain.

ahmad as salafy
3/4/2011 03:18:36 pm

Assalamualaikum....wahai ikhwan, tetaplah menyebarkan fitnah beracun kalian, kalian adalah seburuk-buruk tukang fitnah, karena kalian telah memfitnah ulama yang komitmen thd Islam. Sudahkah kalian tatsabbut dan tabayyun thd sgl hal yg kalian sebarkan. Sesungguhnya dajjal adalah orang atau mereka yang suka mencela dan memfitnah kaum muslimin terlebih lagi ulama mereka yg difitnah. Bukankah dajjal terlaknat adl tukang fitnah? Kalian dengan tersirat mengatakan bahwa mereka para ulama yang kalian tuduh adalah dajjal. Mana adab kalian terhadap para ulama? Jika yang kalian tudhkan bahwa para ulama tadi sesat maka saya siap tuk bermubahalah dengan kalian. Takutlah kalian kepada ALLAH. Bagaimanapun hebatnya fitnah kalian, namun itu takkan pernah memadamkan dakwah salafi ini.
Kalian sama saja dengan para habib yang telah salah jalan-semoga Allah menunjuki mereka ke manhaj yang benar-. Semoga Allah menunjuki kalian juga. Sekian.

Reply
3/18/2011 01:11:32 pm

Good work,hope your blog be better!I just want to make a blog like this!

Reply
4/12/2011 03:35:23 pm

Ulama Assalahi lah yg banyak menfitnah ummah dgn agenda bid'ahnya...apa la punya malas...lepas solat sikit pun tak nak wirid dan berdoa...apalah haramnya berwirid dan berdoa slps solat ; من لم يرد كالقرد

Reply
kekurabatu
10/16/2011 04:58:20 pm

benda kecil bab serban lilit tak lilit pun nak gaduh? jgn jadi bodoh. dia kata salah, ada ulama lain kata boleh. kita pegang apa yg dekat dihati kita berdasarkan kepada hujah yg diberi lah. ianya hanyalah isu fikah.

senangkata macam ni lah.
imam hanafi kata simpan janggut wajib, tak bela dosa.
imam syafie kata simpan janggut sunnah.
mereka berdua menggunakan hadis yg sama dlm mengeluarkan hukum ni cumanya cara mereka mentafsir (bukan menterjemah) hadis itu sedikit berbeza. kita tidak membidaahkan mana2 satu ulama pun.

yg senang hati dlm hal ini sapa? yahudi dan amerika, ada saja isu yg boleh memecahbelahkan orang islam, tambah memudahkan kerja, ianya datang dari orang islam sendiri.

kpd azmaniy,
bab wirid pun nak gaduh. imam2 di arab saudi tidak buat wirid dan doa secara berjamaah tp mereka buat wirid dan doa secara bersendirian.

inilah dia kebebasan suara. ilmu tak cukup tapi semua nak bercakap.

Reply
5/15/2012 06:47:27 pm

Life, work, and study if it can automatic, the education of the convergence can certainly easier.
Thanks so much and stick with it No doubt you will definitely reach your goals! have a great day!

Reply
pengkritik berat
3/30/2016 09:24:10 pm

Fitnah... menjelek2an, apa anda paling bener??? Sok pinter, anda nilang dia sok suci paling bener, ternyata anda sendiri sok suci sok pinter ... perkataan celaan akan balik kepada diri sndiri

Reply



Leave a Reply.

    Pengelola Blog

    Kami adalah kumpulan penulis Muslim yang tidak bergaji atau berbayar, hanya kerana ingin melihat Islam kembali berdaulat di bumi Nusantara. Kami dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah anutan para Salafussoleh memohon komen membina kepada setiap artikel dari pengunjung blog. TQ

    Kandungan Blog

    August 2009

    Ulama' Salafi Wahhabi

    Picture
    Syeikh Nasiruddin Al-Bani. Mereka angkat sendiri sebagai Al-Muhaddith. Para ulama' Hadith Ahli Sunnah kontemporer menyelidik kitab-kitab susunan hadithnya ternyata terdapat 50 kesilapan dan percanggahan.

    Klik untuk baca 50 kesilapan tersebut  http://www.ummah.net/

    Picture
    Syeikh Abdul Aziz Bin Baz
    Bekas Mufti buta Arab Saudi yang mempunyai himpunan fatwa-fatwa ganjil selama hidupnya.