ISLAM kembali DAGANG

Blog Info Terkini: Kenal Pasti Musuh-musuh Islam Di Sekeliling Anda!!

Picture
Menyemai Pemahaman Islam Secara Jujur

Islam dan umatnya hari ini semakin meriah dengan pertambahan penganut asbab dakwah yang berterusan seiring dengan kemajuan teknologi moden yang semakin canggih. Pertambahan penganut Islam yang semakin membimbangkan ajaran pesaing lain menyebabkan muncul bermacam perancangan untuk menghalang perkembangannya. Sejak zaman Rasulullah SAW dan Khulafah Ar-Rasyidin bermacam-macam gangguan dari ajaran pesaing lain telah mencurahkan pelbagai usaha untuk memusnahkan Islam dari terus berkembang dan dianuti.

Walau pun umat Islam berjaya menepis segala macam halangan secara berterusan  namun perancangan Yahudi dan Nasara hinggi kini juga masih berterusan,

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu 
kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5.
Orang Islam yang hasad dengki.



Hari ini, kejayaan Yahudi dan Nasrani memesongkan umat Islam ialah dengan menggunakan medium Orang Islam sendiri yang memusnahkan Islam dari dalam. Blog ini hadir sebagai salah satu alternatif dari blog-blog lain untuk mendedahkan musuh-musuh Islam yang ada di sekeliling kita hari ini. Kebanyakan kandungan blog ini adalah diambil dari blog lain samada berbentuk video, rencana mahu pun artikel, kemudian dihimpunkan dalam blog yang tidak seberapa ini sekadar renungan dan panduan kita bersama.

Kami menamakan blog ini dengan nama Informasi Dajjal adalah dengan tujuan agar segala penipuan dan penyusupan TENTERA-TENTERA DAJJAL memusnahkan Islam dapat didedahkan. Segala manfaat dan pahala dari blog ini kami hadiahkan kepada para pejuang kebenaran (para mukmin dan ulama'ul-amilin) hingga qiyamah.

Yang mengharap rahmat Mu ya Allah,

Bloger Ahlisunnah wal Jamaah  Seluruh Dunia